Saturday, July 10, 2010

Bukan Penting Pun Saya Perlu Tahu

10 julai 2010( 7.30-5.00 Petang) Lokasi : Menara Selatan,Bangunan Sultan Idris Syah Shah Alam
Kursus Khawin!..perkara yang saya rasa agak malas untuk pergi tetapi bila memikirkan ia adalah satu ilmu dan perkara wajib yang perlu ada bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkhawinan,saya pergi juga.SEORANG DIRI setelah rakan saya membatalkan niat untuk pergi bersama saya (baca: dia yang sangat bersungguh-sungguh mengajak saya).

Niat saya diperbetulkan sebelum memasuki dewan kuliah,Semoga apa yang saya dapat pada tarikh ini dapat saya gunakan bila digelar isteri dan ibu kepada anak-anak saya insyaallah.

Bukan untuk berkongsi ilmu daripada kursus tersebut,tetapi saya ingin berkongsi sikap dan personaliti peserta lelaki dalam kursus tersebut.Apa yang saya dapat simpulkan sepanjang pemerhatian saya hampir 90% yang hadir (baca: peserta lelaki) tidak mengambil serius apa yang ingin disampaikan dalam kursus tersebut.Perkara hukum-hakam dibuat main-main,tidur(perkara lumrah),tidak berasa malu menyindir dan mengajuk kata-kata penceramah dan taida rasa hormat(baca: Mungkin saya hadir kursus yang pertama kalinya dihadiri oleh peserta lelaki yang kurang bijak!!)

SITUASI 1

Ustaz: Saya Ingin Bertanya Kepada Peserta Lelaki " Bagaimanakah Cara Untuk Kita Pastikan Perempuan Itu Telah Habis Dari Hadasnya?
Lelaki : ALa ustaz ,kami tak peru tahu..kami mana datang bulan,mana hamil,mana melahirkan anak,buat apa nak tahu...

SITUASI 2

Mengikut Kajian yang dijalankan lelaki yang telah berkhawin sekarang sangat kreatif dengan ayat-ayat TALAQ.TALAQ/CERAI bagi mereka satu gurauan dalam kehidupan berumahtangga.

contoh : sayang ,if you tak kurus dalam masa 1 bulan,jatuh talak atas you


SITUASI 3

ustaz: Ramai wanita sekarang berkerjaya dan lebih tinggi pangkat dan gajinya berbanding lelaki (wujud perkara tidak sekufu disitu),saya nak tanya lelakilah kalaulah ditakdirkan kamu semua ini dapat isteri yang bergaji besar dan lebih banyak dari kamu.kamu nak tak diberi nafkah oleh isteri kamu?

lelaki: NAK!!saya lagi suka dapat isteri gaji besar-besar ni ustaz,senang hidup saya.sesak-sesak boleh mintak dia( tak ke jahanam!!dapat suami macam ni)


*********
  • Hati saya sangat panas dengan sikap dan perangai peserta lelaki dalam kursus tersebut
  • Dalam hati saya macam mana tak banyak kes cerai ,kalau lelaki macam ini jadi ketua keluarga (baca: haruslah lingkup!)
  • Jikalau saya ... tak payah khawin pun takpa jika dapat lelaki yang hanya mahu menumpang senang isteri dan tak tahu cara-cara mendidik isteri dengan baik.




No comments:

Post a Comment