Tuesday, July 20, 2010

Pakai Deodarant Dapat Awek Cun


Perasan tak ada satu iklan deodorant yang mana kalo pakai deodarant tu boleh dapat awek cun walaupun muke lelaki tu takdelah handsome mana pun.Bagi saya itu strategi pengiklanan yang kreatif dan di anggap berkesan bila dibandingkan dengan cara-cara pengiklanan-pengiklanan terkini.Sehingga seoranag teman saya terpengaruh dengan iklan tersebut " nak beli lah deodarant ni mana tahu sangkut sorang awek.." heheh...

Itu Cerita pasal iklan deodorant,cuba kita tengok iklan makanan tambahan untuk membekalkan tenaga dalaman (baca: konon-kononnya..),Saya tak ingat satu jenama kopi penguat tenaga dengan mengunakan tanda nama " Dia bangun sebelum kita bangun",bagi manusia normal dan berumur 18 tahun ke atas mungkin dia paham maksudnya tetapi bagi kanak-kanak?,Pernah saya terdengar seorang kanak-kanak bertanya kepada ibunya 'Mama,apa yang bangun dulu?'
..haruslah si ibu tidak boleh menjawab persolanan anak tadi.

Bulan Ramadhan semakin hampir,Ini lagi satu iklan makanan yang hanya keluar 2 bulan sebelum bulan puasa menjelang tiba.Anda mesti tahukan makanan yang di ambil sebelum berbuka dan mendapat pahala sunat jika memakannya.Kebetulan Satu Malam,saya dan keluarga keluar untuk makan malam,kebetulan iklan buah kurma sedang dimainkan di stesen radio..keluar suara perempuan yang sangat seksi menyebut nama "Y**** Ta****,Tiba-tiba Baba saya bersuara "Macam iklan Baju tidur",lantas kami sekeluarga ketawa secara tak langsung,Dalam hati " betul jugak,iklan makanan tapi guna suara perempuan seksi macam panggil masuk bilik tidur je bunyinya" .Kurang Startegi pengiklanan di situ...

Sebenarnya ada banyak lagi iklan -iklan yang saya rasa macam sampah iklan ,sangat bodoh dan tak layak di siarkan di televisyen mahupun radio.Sebab yang menonton bukannya golongan dewasa sahaja malahan kanak-kanak yang tidak tahu fungsi sebenar dan masej yang cuba di sampikan dalam sesuatu produk tersebut .Mungkin Marketing Planner mereka sudah kebuntuan mencari idea untuk menarik minat orang ramai membeli produk mereka...;p






Sunday, July 11, 2010

I WANT .....

I WANT KILL YOU....


For What????...



Because you make me crazy...


U always Hurt My Heart....


U didn't know What I feel.....


And U Never Say " Im Sorry Honey..."


I WANT YOU KNOW....

Everyday, i wait your call...Monday,Tuesday,Wednesday,Thursday,Friday,Saturday, and Sunday....

Finally Complete 1 week..i didn't hear anything from you....

Im try Text to you....just 1 text msg from you..im still wait..and wait...

Sometimes,,i feel im so stupid with you.

still can be patient...
still can smile..
still can laugh..
even though...my heart cry!


I WANT TO BE YOUR SOUL MATE

be with you...
care with you...
even you always hurt me....

I'M Really Love You...T_T.

*****
post from crazy girl who fall in love with one guy..0_o

my suggestion with her: forget that guy find another guy better than him! or be patient see and wait dont find him until he find you..(read: jadikan ego dia rendah dari kamu).Love like a game..so u must play properly and full of strategic.~wink2!!

Saturday, July 10, 2010

Bukan Penting Pun Saya Perlu Tahu

10 julai 2010( 7.30-5.00 Petang) Lokasi : Menara Selatan,Bangunan Sultan Idris Syah Shah Alam
Kursus Khawin!..perkara yang saya rasa agak malas untuk pergi tetapi bila memikirkan ia adalah satu ilmu dan perkara wajib yang perlu ada bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkhawinan,saya pergi juga.SEORANG DIRI setelah rakan saya membatalkan niat untuk pergi bersama saya (baca: dia yang sangat bersungguh-sungguh mengajak saya).

Niat saya diperbetulkan sebelum memasuki dewan kuliah,Semoga apa yang saya dapat pada tarikh ini dapat saya gunakan bila digelar isteri dan ibu kepada anak-anak saya insyaallah.

Bukan untuk berkongsi ilmu daripada kursus tersebut,tetapi saya ingin berkongsi sikap dan personaliti peserta lelaki dalam kursus tersebut.Apa yang saya dapat simpulkan sepanjang pemerhatian saya hampir 90% yang hadir (baca: peserta lelaki) tidak mengambil serius apa yang ingin disampaikan dalam kursus tersebut.Perkara hukum-hakam dibuat main-main,tidur(perkara lumrah),tidak berasa malu menyindir dan mengajuk kata-kata penceramah dan taida rasa hormat(baca: Mungkin saya hadir kursus yang pertama kalinya dihadiri oleh peserta lelaki yang kurang bijak!!)

SITUASI 1

Ustaz: Saya Ingin Bertanya Kepada Peserta Lelaki " Bagaimanakah Cara Untuk Kita Pastikan Perempuan Itu Telah Habis Dari Hadasnya?
Lelaki : ALa ustaz ,kami tak peru tahu..kami mana datang bulan,mana hamil,mana melahirkan anak,buat apa nak tahu...

SITUASI 2

Mengikut Kajian yang dijalankan lelaki yang telah berkhawin sekarang sangat kreatif dengan ayat-ayat TALAQ.TALAQ/CERAI bagi mereka satu gurauan dalam kehidupan berumahtangga.

contoh : sayang ,if you tak kurus dalam masa 1 bulan,jatuh talak atas you


SITUASI 3

ustaz: Ramai wanita sekarang berkerjaya dan lebih tinggi pangkat dan gajinya berbanding lelaki (wujud perkara tidak sekufu disitu),saya nak tanya lelakilah kalaulah ditakdirkan kamu semua ini dapat isteri yang bergaji besar dan lebih banyak dari kamu.kamu nak tak diberi nafkah oleh isteri kamu?

lelaki: NAK!!saya lagi suka dapat isteri gaji besar-besar ni ustaz,senang hidup saya.sesak-sesak boleh mintak dia( tak ke jahanam!!dapat suami macam ni)


*********
  • Hati saya sangat panas dengan sikap dan perangai peserta lelaki dalam kursus tersebut
  • Dalam hati saya macam mana tak banyak kes cerai ,kalau lelaki macam ini jadi ketua keluarga (baca: haruslah lingkup!)
  • Jikalau saya ... tak payah khawin pun takpa jika dapat lelaki yang hanya mahu menumpang senang isteri dan tak tahu cara-cara mendidik isteri dengan baik.




Thursday, July 8, 2010

Gigihnya kau cari Cikgu-cikgu dekat Facebook


8 Julai 2010-"weyh..syaza ko asik duk jumpe cikgu jee....rindu sksu ek...huhuh" ..ayat ini dilontarkan oleh sahabat lama saya.Benar pada tarikh tersebut saya begitu excited mencari-cari bekas guru-guru yang telah mengajar saya semasa saya kecil dulu.

Benar sekali,saya amat rindukan guru-guru saya,rindukan suasana sekolah saya,rindukan zaman kecil saya.Tanpa sedar saya telah meniti alam dewasa.Alam yang penuh cabaran (Baca: Alam yang terpaksa ditempuh dengan rasa tidak rela).

Langkah diteruskan (baca: hanya jari yang berusaha "click" di kotak carian FB.untuk mencari bekas guru-guru saya).Carian pertama berjaya menjejaki guru Matematik SKSU( baca: sehingga kini beliau masih mengajar di sekolah tersebut,jasanya pada anak-anak bangsa tak terkata banyaknya),CIKGU CHE WAH sasaran pertama saya..Carian diteruskan dalam senarai nama rakan beliau SASARAN KEDUA " NORAZILA KAMARUDDIN" .Hati ini berdetik "Cikgu.."
SIAPA NORAZILA KAMARUDDIN DALAM HIDUP SAYA :

  • Beliau adalah guru tuisyen pertama saya.
  • Beliau juga adalah insan yang berubah persepsi saya terhadap MATEMATIK (baca: saya sangat seronok belajar matematik dengan beliau )
  • Bagi saya tanpa beliau 12 tahun yang lepas saya tak akan berjaya seperti sekarang.
  • PALING UTAMA : saya belajar dengan beliau dalam "zero-learning about mathematics"
BERIKUT TEMUBUAL SAYA DALAM INBOX Facebook:

saya : so suprise when see u here =),saya syaza student yang cikgu ajar tuisyen masa darjah 5 tahun 98 dekat kg delek baru =),harap cikgu ingat kembali memori lama tu=).

Cikgu :nama familiar sgt...thanks coz masih ingat kat saya... sekarang futher study kat mana? how old a u now...cikgu malas nak kira ...hi3...nanti saya tgk fhoto awak... sapa lagi kawan2 yg saya ajar dulu?...send my regards to all of them...tq again..

saya: waa..alhamdullilah cikgu ingat jugk name saye yg susah nk sebut nie...hehe,saya dah habis study last year dkt ukm amik economic,skrg da kerje dkt putrajaya as peg.kewangan,erk xd gmbr sgt la kt fb saye tu..
okey baik.. i'll send ur regards to all of them .

Cikgu : wah pakar ekonomi...Im very proud of u..dah berjaya semuanya..alhamdullilah....awak dulu tuisyen ngan syafika, zaidi, paidi, nabila...itu je yg saya ingat..sape lagi ye... kawan3 yg lain keje mane??? so now staying with friends or ur parents...?? Senang 2 nanti leh lah dtg umah saya.. dgn kereta baru awak..hi3

Saya: ish xd pakar pun..ilmu tu xgune pun bile kerje ni..ha'ah...syafika masih study lagi amik medic,paidi bru habis sekrg lecture sementara dekat uitm,yg tuisyen dgn cikgu lagi dayana,farah,khairullah ..khairullah skrg dkt jordan..stay with my uncle dkt bangi,insyallah nnt ktorg dtg umah cikgu..ckgu duk mane skrg? dah besar2 yer anak cikgu...ini menunjukkan saya makin tue..uhuhu


Cikgu :alhamdullilah....semua keje bagus2..pas nie lehlah belanja cikgu..hi3..khairullah tu dulu dia ada tuisyen ngan adik dia ke? saya tak berapa nak ingatlah.. saya duduk kat kapar..Tmn Kapar Setia...cepat sgt masa berlalu... awakpun dah anak daradah...u are the first student yg add saya...tq again coz still remember me... rasa syahdulah pulak...

**sebahagian perbualan saya dengan beliau.
KENAPA PERLU SAYA ENTRI PERKARA INI ?

* saya sangat rindukan dia (baca: RINDU)
* saya sangat teruja beliau ingat nama saya (baca: Sangat susah manusia nak ingat nama saya,dan masa di kuliah dulu nama saya menjadi satu bahan sinidiran oleh seorang pensyarah T_T)
* saya nak dia tahu siapa dia dalam diri saya !
* saya menangis menulis entri ini,Tanpa beliau siapalah saya ...
I LOVE U SO MUCH CIKGU ..TERIMA KASIH ATAS ILMU YANG CIKGU BERIKAN DULU TIDAK TERBALAS JASA CIKGU TERHADAP SAYA 12 TAHUN YANG LEPAS.TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA ....


**Maaf Cikgu,saya ambil gambar cikgu dekat Facebook .

"Ini Bukan Agen"

Di Awal Bulan Julai - Hampir Maghrib sekitar 7.30 Malam, saya telah mendapat panggilan talefon daripada saudara kandung saya memaklumkan terdapat tawaran kerja kosong di salah sebuah bank terkemuka di Malaysia .
Saya yang merupakan salah seorang manusia yang menginginkan kerja lain sungguh teruja dengan tawaran kerja tersebut.Dalam Hati ini berkata-kata " Moga-moga ada rezeki aku kali ini".

Keesokkan harinya,saya cuba untuk menelefon nombor yang diberikan oleh saudara kandung saya untuk bertanyakan tentang jawatan kosong tersebut.Percubaan pertama "GAGAL" tidak diangkat.
Hati telah berdetik" dah agak dah,xangkat,malas lah"

Malam tepat 11.30,Orang yang mencari pekerja itu menelefon saya,Dalam Keadaan Mamai dan suara yang " comel' saya menjawab panggilan beliau (baca: seperti orang mabuk todi !saya tak ingat apa yang saya cakap dengan beliau")


Pagi Keseokannya,saya menghantar SMS kepada beliau mengenai jawatan yang ditawarkan,berikut antara temubual saya dengan beliau di telefon:

saya: assalamualaikum,en.Iskandar ye?
Dia : Ye ,saya
Saya: Begini,saya ada terbaca iklan jawatan kosong di A******( Nama Bank),Bagaimana yer saya ingin memohon jawatan tersebut? Adakah saya perlu mengisi borang di website bank,atau email terus kepada encik?
Dia: AAaaaaa....Bila U Free?Kita Jumpa!( Jawap dalam keadaan tergagap-gagap)
Saya: Jumpa??!!!nak buat apa??( Dengan bodohnya saya menjawab)
Dia: Boleh cerita pasal benda ini dengan lebih jelas lagi.
Saya: Ini Bukan Agen kan ??( betul2 nak tahu status jawatan )
Dia : Eh,Bukan!!(Tanda seru dibelakang menunjukan kesungguhan beliua menidakkan soalan saya)
Saya : ermmm..saya fikir dulu ...
Dia: OK,Baik !Bye

Telefon diletak,Hati ini mula tidak selesa dengan perbualan tadi.Hp saya berbunyi 1 SMS diterima daripada Iskandar " Datang ke A******(Nama Bank) ,Jam 11.00am dan bawa sekali resume anda .."

Hati dan akal mula bermain teka-teki " Nak pergi ke tak nak??".Nekad dan Bulat hati ini menjawab "Pergi dan Cuba!"

5 Julai 2010( 10.00 Am)- Saya dan saudara kandung saya telah pergi ke Bank tersebut untuk menghadiri sesi temuduga en.Iskandar.

Pandangan Pertama Saya setiba masuk :
1) Ini Bukan Bank ,Ini salah satu cabang dari bank( baca : sebab dia tulis ASSURANCE dibelakang)
2) uikkkk!!seksinya staf2 dekat sini!!pakai kemaja sampai nak terkeluar "aset" walaupun bertudung ( wanita) ,habislah aku kerja dekat sini,dahla sangat innocent dan nerd!hari-hari baju kurung dan tak pandai bergaya T_T.
3)Sampai Tingkat Atas ,Lagi satu Masalah ,Kalau banyak department takpe Ini Macam banyak Company lain-lain bernaung atas 1 nama bank! AHHH!!sudah!!.Paling tak menyedapkan hati ada perkattan " Agent " dekat belakang!
4) tak jumpe Iskandar! cube telefon beliau..lali die keluar.Pandangan Pertama: GEMUK,NAMPAK SANGAT TAK BIJAK,GAGAP!(itu paling saya benci!)

Sesi Interview pula:
1) Isi Borang Application( 1 HELAI SAHAJA!!!ni isi borang mintak kerja kt KFC ke apa?Kfc pun berkeping2!!)
2) sesi interview dimulakan dengan sangat BODOH sekali,Di ulang BODOH!!!!(baca : Eh!!U tinggal dekat kg.d**** ek,kenapa tak penah nampak?)
3)Dia bercakap dengan terGAGAP-GAGAP!!diulang GAGAP!!( baca: saya sangat benci dengan orang gagap( tak yakin) bukan gagap semulajadi,menyebabkan saya rasa saya lebih HEBAT dari dia )
4) Sesi interview di KUASAI oleh SAYA!! saya yang banyak melontarkan pendapat saya !!
5) Pernyataan beliau " TIADA GAJI TETAP HANYA BERDASARKAN KOMISEN"(baca: INI YANG BUAT SAYA SANGAT MARAH!!Dia cakap ini Bukan AGENT!!kenapa Tidak BERGAJI?)
6) saya dah tiada mood !!( baca: saya telah mempersoalkan PEMBOHONGAN beliau,dan seperti biasa dia jawab dalam keadaan GAGAP!(uhhh!!hate it!!)
7) Saya keluar dengan rasa BODOH!!(baca: Saya namakan hari itu Hari bodoh saya)


*******
1)Jangan sesekali percaya dengan tawaran kerja daripada flyers terutama jawatan kolar putih
2) Pastikan orang Interview itu LEBIH BIJAK dari anda dan TIADA SINDROM GAGAP!.
3) saya sangat berharap si ISKANDAR itu membaca LUAHAN HATI SAYA !

Maaf !! Saya bukan Jual bayi!

8hb Julai 2010 ( sekitar jam 4.00 petang ) - Terasa letih dengan kerja-kerja yang bertimbun-timbun di pejabat,lalu saya on facebook untuk seketika.Mata saya tertacap ( ada ke penggunaan perkataan ini) dengan satu post oleh rakaj FB saya " IBU ANGKAT DIPERLUKAN" disertakan dengan gamabar bayi baru lahir berusia 2 hari.

Saya terus tertarik dengan post beliau,dalam hati saya " wow!! she have a good skill marketing"
saja saya meletakaan comment dalam post beliau " good advertisement!well done" dengan tegas die memberitahu " Maaf!! saya bukan jual bayi!!'

saya maklumkan kepada beliau saya tak mengangap anda menjual bayi tapi saya menyatakan cara pengiklana awak sangat bagus.Namun hati kecil saya tetap menyatakan ia seperti " Menjual BAYI!!". Saya ada bertanyakan beliau perihal dan latar belakang bayi tersebut ( seperti wartawaan yang sangat suka menyibuk saya ini) walaupun hakikatnya saya tidak berminat dengan bayi tersebut ,Berikut adalah butir-butir yang saya perolehi dari beliau

Jantina Bayi : Perempuan
Berat : 2.27kg
Asal/Keturunan : Indonesia
Status : Tidak dapat disahkan ( anak halal/haram)
Syarat untuk mengambil Bayi Ini : Perlu membayar kos bersalin ( RM4500) dan Kos Sara Hidup Ibu Bayi ( RM3000)

Setelah melihat butiran yang diberikan,Hati saya berdetik "Ya!! ini penjualanan bayi secara tak langsung !!!"

****
Masih terdapat ramai orang yamg tidak faham isu memperdagangakan manusia
Bagaimana pula jika saya buat laporan pada pihak berwajib?