Tuesday, July 20, 2010

Pakai Deodarant Dapat Awek Cun


Perasan tak ada satu iklan deodorant yang mana kalo pakai deodarant tu boleh dapat awek cun walaupun muke lelaki tu takdelah handsome mana pun.Bagi saya itu strategi pengiklanan yang kreatif dan di anggap berkesan bila dibandingkan dengan cara-cara pengiklanan-pengiklanan terkini.Sehingga seoranag teman saya terpengaruh dengan iklan tersebut " nak beli lah deodarant ni mana tahu sangkut sorang awek.." heheh...

Itu Cerita pasal iklan deodorant,cuba kita tengok iklan makanan tambahan untuk membekalkan tenaga dalaman (baca: konon-kononnya..),Saya tak ingat satu jenama kopi penguat tenaga dengan mengunakan tanda nama " Dia bangun sebelum kita bangun",bagi manusia normal dan berumur 18 tahun ke atas mungkin dia paham maksudnya tetapi bagi kanak-kanak?,Pernah saya terdengar seorang kanak-kanak bertanya kepada ibunya 'Mama,apa yang bangun dulu?'
..haruslah si ibu tidak boleh menjawab persolanan anak tadi.

Bulan Ramadhan semakin hampir,Ini lagi satu iklan makanan yang hanya keluar 2 bulan sebelum bulan puasa menjelang tiba.Anda mesti tahukan makanan yang di ambil sebelum berbuka dan mendapat pahala sunat jika memakannya.Kebetulan Satu Malam,saya dan keluarga keluar untuk makan malam,kebetulan iklan buah kurma sedang dimainkan di stesen radio..keluar suara perempuan yang sangat seksi menyebut nama "Y**** Ta****,Tiba-tiba Baba saya bersuara "Macam iklan Baju tidur",lantas kami sekeluarga ketawa secara tak langsung,Dalam hati " betul jugak,iklan makanan tapi guna suara perempuan seksi macam panggil masuk bilik tidur je bunyinya" .Kurang Startegi pengiklanan di situ...

Sebenarnya ada banyak lagi iklan -iklan yang saya rasa macam sampah iklan ,sangat bodoh dan tak layak di siarkan di televisyen mahupun radio.Sebab yang menonton bukannya golongan dewasa sahaja malahan kanak-kanak yang tidak tahu fungsi sebenar dan masej yang cuba di sampikan dalam sesuatu produk tersebut .Mungkin Marketing Planner mereka sudah kebuntuan mencari idea untuk menarik minat orang ramai membeli produk mereka...;p






1 comment:

  1. mane ni pemilik blog, tak pernah ade cerite lagi.....dah tutop ke ?

    ReplyDelete